Saturday 11 June 2016

Resepi Puding Caramel

Hari tu emy dah upload dah resepi puding caramel saya sekali time saya nak buat label pada post blog terdelete da daripada resepi saya...:'((.. Itu sebab kita kena sentiasa berhati2 esp semasa buat kerja2 penting tau..Mesti sentiasa kena ad backup..

Hai..nasib badan den lah..Memandangkan saya sayang semua pengunjung2 blog ni dan x nak anda semua terlepas mencuba resepi puding karamel ni, emy pun tulislah balik..gigih x? haha..

Bahan2

1) Susu segar low fat 
2) Gula 
3) Telur (8 biji)
4) Esen vanilla 

Cara2 

Pukul kesemua bahan di dalam satu mangkuk. Emy x suka rasa yg terlalu manis jadi saya tidak letak gula yg banyak di dalam adunan puding saya. Sebab nanti nak buat gula hangus dan siram atas jugak kan. Bakar puding pada suhu 170 celsius selama 30 minit menggunakan kaedah water bath, dimana anda letakkan bekas puding tersebut di dalam bekas air yg lain sebelum bakar.(Saya juga x buat gula hangus dan letak pada bahagian bawah puding sebab nanti rasanya terlalu manis. Bagi anda yg suka nak buat pun boleh,sebab ia jugak nampak lebih cantik bila diterbalikkan nanti kerana warna keperang-perangan tu.)

Setelah tu, baru buat gula hangus. Hanya perlu naikkan gula di atas api dan tuang sedikit air utk jadikan air gula. Kacau gula sehingga warna keperang-perangan dan jangan biar hangus sangat kerana  rasanya nanti akan pahit.Setelah dah siap puding, baru tuang air gula hangus tadi di atas puding. 

Taraa! Dah siap dah pun puding karamel saya. Senang kan nak buat? Selamat mencuba!


Gambar sekadar hiasan sebab yg real dah kena telan...hihi


No comments:

Post a Comment