Tuesday 21 June 2016

Apakah Sindrom Metabolik?

Ramai daripada kita selalu dengar mengenai Diabetes, kegemukan dan penyakit serangkai dengannya tetapi ramai yg tidak tahu sebenarny semua ini bukanlah suatu penyakit namun dikenali dengan nama metabolic syndrome atau sindrom metabolik. Ia adlh satu kumpulan keadaan yg berkait rapat dengan obesiti antaranya termasuk:

-tekanan darah yg tinggi (sama dengan atau lebih daripada 130/85 mm Hg )

-ukuran lilit pinggang yg tinggi (lelaki: sama dengan atau lebih daripada 102 cm; perempuan: sama dengan atau lebih dengan 88 cm)

-rendah kolesterol baik (HDL); kurang daripada 40 mg /dl dan tinggi kolesterol jahat (LDL)

-trigylceride yg tinggi (sama dengan atau lebih daripada 150 mg/ dl)

-Paras gula puasa yg tinggi (sama dengan atau lebih daripada 100mg/ dl) 

* Berdasarkan American Heart Association dan National Heart, Lung and Blood Institute

Semua keadaan diatas ini mampu meningkatkan risiko utk sakit jantung, strok serta diabetes. Keadaan2 ini juga dikenali dengan nama2 yg lain antaranya sindrom resistansi insulin, sindrom X dan juga sindrom dismetabolik. 

Berdasarkan World Health Organization, mereka yg menghadapi sindrom metabolik ini juga kebanyakannya akan mengalami glucose intolerance (toleransi glukosa yg terganggu dan diabetes, dislipidaemia (blood fat disorders yg menyebabkan triglyceride yg tinggi dan rendah kolesterol  HDL yg menyebabkan pembentukan plak2 di dinding2 arteri, tekanan darah tinggi serta mickroalbuminuria atau urin yg mengandungi protein). 



Apakah Punca2 Sindrom Metabolik?


1) Genetik 
Kajian terbaru mendapati bahawa kadang kala mutasi di dlm gene mitochondria juga menyumbang kepada sindrom metabolik. Hispanik serta org Asia lebih cenderung mendapatnya. 

2) Faktor Umur 

Faktor  umur meningkatkan risiko utk menghidapi sindrom metabolik kerana kecenderungan berat badan yg meningkat serta kurang aktif apabila umur semakin lanjut. Jika anda sekurang-kurangnya 35 tahun,  kecendurungan anda utk mendapatinya meningkat 25% dan terus meningkat kepada 40% apabila anda berumur 60 tahun. 

3) Diet dan Pemakanan 

Diet dan pemakanan yg tidak seimbang menyumbang banyak kepada keadaan ini. (Contohnya makanan yg tinggi dengan lemak seperti makanan bergoreng, makanan segera, cookies, jajan, air berkarbonat etc) 

4) Physical Inactivity ataupun pergerakan fizikal yg tidak mencukupi 

Senaman dan pergerakan yg tidak mencukupi meningkatkan risiko penyakit ini.

5) Kesan sampingan daripada sesetengah ubat-ubatan/ dadah 

Kesan sampingan daripada dadah seperti dadah seperti corticosteroids, antidepressant dan antipsycotics dan antihistamine yg semunya boleh menyebabkan obesiti serta intoleransi terhadap glukos.  


Apakah Tindakan Kita? 


1) Amalkan diet yg seimbang 

Kurangkan pengambilan kalori jika anda mempunyai berat badan berlebihan atau obes. Pastikan anda kurangkan pengambilan makanan yg berlemak dan bergoreng. Pilih diet yg seimbang yg terdiri daripada buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin serta kurang lemak tepu, kolesterol serta sodium (garam).





2) Amalkan gaya hidup yg lebih sihat

Pastikan pergerakan menjadi sebahagian daripada aktiviti harian anda. Jika anda hendak ke pejabat di tingkat atas , gunakan  tangga daripada lif. Gunakan tangga daripada escalator di kompleks membeli belah etc. Kadang kala 'small choices' yg anda buat di dalam kehidupan anda mampu mengubah anda menjadi lebih sihat.:) Pastikan anda bersenam sekurang2nya 30 minit sehari utk 3 kali seminggu.



3) Kekalkan berat badan dan ukuran lilit pinggang yg sihat 

Cuba utk dapatkan ukuran lilit pinggang anda yg sihat. Ukuran yg berlebihan terutama di bahagian perut (visceral fat) akan meningkatkan risiko anda utk menghidapi diabetes jenis 2 dan penyakit jantung. 

4) Pastikan anda membuat pemeriksaan  lipid yg berkala 

Kolesterol baik (kolesterol HDL) yg rendah dan kolesterol jahat yg tinggi (LDL) akan meningkatkan risiko anda utk menghidap penyakit jantung. 

5) Pastikan anda membuat pemeriksaan tekanan darah secara berkala 

Tekanan darah yg normal adalah (130/ 80 mmHg atau kurang) tidak mengira usia anda. Pastikan anda menjalani ujian pemeriksaan berkala sekurang-kurangnya sekali di dalam dua tahun kerana tekanan darah tinggi jugak boleh menyebabkan pelbagai penyakit berkaitan jantung.

6) Jalani pemeriksaan kesihatan yg menyeluruh 

Prevention is better than cure. Adalah lebih baik anda menjalani rawatan/ pemeriksaan pencegahan dahulu daripada apabila keadaan sudah buruk dan anda perlu megubatinya. Pergi buat pemeriksaan yg menyeluruh dengan doktor berdekatan anda dan periksa paras glukosa darah anda. 

7) Pastikan anda tidak cepat stress dan tertekan 

Ini mmg sukar nak buat, tapi jom usaha utk tidak cepat stress di dlm hidup kita kerana stress boleh membahayakan kesihatan kita dan meningkatkan risiko utk mendapat diabetes jenis 2 serta sindrom metabolik lain yg boleh menyebabkan sakit jantung. 




Bagaimana Shaklee Boleh  Membantu? 


Shaklee mempunyai set yg berlainan apabila anda telah menghidapi atau ingin mencegah diabetes, sakit jantung etc.  Namun, di bawah adalah set bagi mengawal berat badan anda kerana penyakit2 ini selalunya berkait rapat dengan OBESITI atau berat badan yg berlebihan.




Berminat dengan SET KURUS Shaklee di atas? Jom wassap Emy utk konsultasi PERCUMA 

017-8421998 ( WA)
Emy, Your Friendly Shaklee Distributor 


Sumber Rujukan: Metabolic Syndrome CAP Guide printed by Jutaprint

No comments:

Post a Comment