Wednesday 15 June 2016

Ibu Kurang Susu, Anak Risiko Tidak Sihat

Assalamualaikum semua!

Hari ni nak bercerita sedikit mengenai kepentingan susu ibu. Rasanya kesedaran tentang kepentingan penyusuan dengan susu ibu sudah semakin meningkat dari hari ke hari terutamanya dalam kalangan keluarga2 di Malaysia. Namun, masih ramai ibu2 di luar sana menghadapi masalah kekurangan susu terutamanya apabila bulan Ramadhan menjelma. 

Oleh itu, ramai yg terus memilih jawapan yg mudah kepada permasalahan susu badan yg merudum iaitu dengan memberikan susu formula kepada bayi anda. Walaupun ini adlah pilihan yg paling mudah, ia bukanlah pilihan yg terbaik utk anak anda. Semestinya setiap daripada kita mahukan   pilihan yg TERBAIK utk anak2 kita, dan ia selalunya bukanlah pilihan yg MUDAH shj. 

Adalah penting bagi ibu2 utk memberikan bayi mereka susu ibu terutamanya pada 6 bulan yg pertama bagi memberikan bayi anda semua khasiat susu ibu pada tahap yg paling maksima, mengelakkan bengkak serta kekurangan susu ibu pada bulan2 seterusnya. 

  


Apa kelebihan2 susu ibu?

1) Susu ibu semasa bayi baru2  dilahirkan mengandungi kolustrum yg sgt penting utk mengelakkan bayi mendapat jangkitan serta alahan. Kolustrum pada tahap kepekatan dan kualiti yg tinggi hanya terdapat pada susu ibu yg terawal terutamanya satu jam selepas kelahiran. Kolustrum sgt2 penting bagi meningkatkan antibodi bayi anda terhadap serangan alahan serta jangkitan dan merupakan imunisasi pertama bagi bayi anda.



2) Antibodi

Susu ibu adalah bebas daripada bakteria dan jugak mengandungi immunoglobins yg menjadi tembok penghalang bagi pelbagai penyakit. Ia juga membantu bayi anda utk membentuk antibodinya sendiri. 


3) Tahap kecerdasan kognitif serta kecerdasan bayi 

Susu ibu mengandungi semua zat yg diperukan badan utk perkembangan otak serta tumbesaran bayi antaranya DHA, AA, SA dan sebagainya. Kajian mendapati bayi yg disusukan dengan susu badan pada waktu yg lebih lama menunjukkan tahap kecerdasan kepintaran yg lebih tinggi berbanding bayi2 yg disusukan pada waktu yg lebih pendek. Kajian menunjukkan anak-anak yang berusia sembilan dan lima tahun yang mendapat susu ibu mempunyai IQ sebanyak 12 dan 9 kali lebih tinggi daripada anak yang seusia yang tidak mendapat susu ibu.


4) Laksatif 

Mempercepatkan pengeluaran meconium dan mencegah jaundis. 

5) Penghadaman yg mudah 

Kajian menunjukkan bahawa susu ibu baik kerana ia mengelakkan pelbagai masalah kesihatan yg boleh berlaku pada bayi. Susu ibu membekalkan penghadaman yg lebih mudah, kurangkan masalah pergigian, jangkitan telinga, obesiti dan diebetes. Misalnya, susu formula boleh menyebabkan kegemukan pada bayi pada usia yg awal. Ini memandangkan susu ibu mengandungi enzim lipase yg penting dlm penghadaman lemak. Susu ibu pada awal penyusuan (foremilk) mengandungi lemak yg rendah manakala pada akhir penyusuan (hindmilk) lebih tinggi. Lemak2 ini akan dicerna oleh enzim2 lipase di dlm susu ibu.  




6) Meningkatkan naluri keibuan 

Penyusuan bayi dengan susu ibu dapat meningkatkan dan menyerlahkan lagi naluri keibuan dan menjana ikatan kasih sayang antara ibu dan anak, kerana hormon prolaktin yg dirembeskan semasa penyusuan oleh si ibu.


Sokongan daripada keluarga sekeliling terutamanya ahli keluarga yg terdekat InsyaALLAH akan menjadikan proses penyusuan bayi sesuatu yg lebih mudah dan indah. Semoga saat2 penyusuan menjadi saat2 yg indah utk anda serta bayi anda!:)

Berikut adalah set penyusuan dari Shaklee bagi membantu membekalkan nutrisi yg diperlukan oleh ibu2 utk membekalkan susu ibu yg terbaik utk si comel anda. 




Berminat dengan SET MENYUSU dari Shaklee? Jom wassap saya utk konsultasi PERCUMA 

017-8421998 (WA)
Emy, Your Friendly Shaklee Distributor 

atau

 anda boleh terus membuat pembelian secara online di bawah.:)



No comments:

Post a Comment