Sunday 26 June 2016

Hari Jadi Atukku Ke 92

Assalamualaikum semua..

Semalam kami menyambut Hari Jadi Atuk saya sebelah ayah yg ke 92.. Alhamdulillah..dah 92 tahun dah Tokki hidup di muka bumi Allah... pasangan atuk saya iaitu arwah nenek saya dah meninggal 7 tahun dah, namun Tokki nampak masih sihat lagi berbanding ramai seusia beliau.. 

Alhamduillah..Allah beri rezeki umur yg panjang kepada atuk saya serta badan yg sihat..Apa rahsia Tokki  saya yer? 

Tokki saya ni seorng yg kuat solat. Sejak beliau berhenti kerja lebih 50 tahun lalu, beliau dah x  toleh belakang dah..Beliau dah duduk di tikar sembahyang sejak itu.. X tinggal sembahyang dan jugak zikir..Setiap malam beliau akan bangun utk menunaikan solat2 sunat tanpa jemu... Kita lagi muda  pun  x boleh sembahyang mcm beliau..Rasa segan kot..;'(

Selain tu, Tokki saya juga jaga pemakanan beliau. Beliau banyak sangat makan kurma serta minum air zamzam.. Beliau juga banyak makan supplemen minyak ikan tau..Dari muda2  lagi dah makan supplemen minyak ikan ni.. Dulu saya x faham mcm mana atuk saya boleh makan minyak yg hanyir ni, tapi skrg saya dah fahamlah kenapa..

Minyak ikan sgt2 baik utk jantung serta utk otak kita kerana kandungan EPA dan DHAnya yg tinggi.. Ternyata, walaupun atuk saya dah berumur, beliau  x pernah sekali2 nanyuk! Janganlah buat2 lupa pasai duit beliau bila beliau suruh pergi beli barang tu,  mesti beliau akan tanya balik punyai pasai duit tu..walaupun seringgit dua..haha.. 

Salah satu rahsia beliau x nanyuk juga adlh sebab beliau x pernah tinggalkan al-Quran sejak dulu lagi. Al-Quran ni rupa2nya sgt2 baik bukan shj utk hati dn ketenangan kita, tapi juga utk otak kita sebab ia akan sentiasa buat kita berfikir. Banyak kajian menunjukkan bila kita berhenti berfikir, itu yg akn menyebabkan otak kita degenerate atau mengalami proses degenerasi. 

Atuk saya juga adlh seorng bekas polis. Oleh kerana beliau juga seorng yg kurang pedengaran, beliau banyak membacamenulis dan membuat kajian. Beliau akn menulis mengenai  Islam melalui bacaan beliau, mengenai keluarga dan sebagainya.Kebanyakannya mengenai Islamlah. Emy agakla kan, jika Atuk saya ni ambil PHD, beliau mesti dah boleh lepas thesis dah! Sebab tulisan dan bacaan beliau dah melebihi seorng professor PHD kot..hihihi.. Alhamdulillah.. 



Kami semasa di Mekah tahun lepas bersama Tokki. Selamat Hari Jadi yg ke 92 Tokki. Semoga diberi kesihatan yg baik utk terus beribadah.:)





No comments:

Post a Comment