Friday, 22 March 2019

A Malaysian girl's trip to Kashmir

Assalamualaikum semua..

Oleh sbb saya dah lama x write blog, saya nak mintak maaf terlebih dahulu, particularly bagi yg merindui sy tu..eceh...Bg yg bertanya sy masih jual shaklee ke x, jawapannya adlh ya, saya masih lg jual shaklee cuma saya x byk masa nak iklankan shaklee sejak 2 tahun yg lepas..

Almaklumla dlm 2 tahun yg lepas, mcm2 perkara terjadi dan yg paling penting adalah emy sgt2 busy dgn kerja2 klien dan x sempat nak fokus byk dkt bisnes saya..
Azam tahun ni adalah nak fokus semula kpd bisnes Shaklee insyaAllah..

Sblm tu, saya nak share sikit pengalaman saya travel tahun ni bagi anda2 yg berminat nak tahu..tahun ni Emy sempat melawat Kashmir..Actually saya dah plan nak ke Kashmir ni dah lama sgt, sejak tahun 2018 lagi..Tapi masa tahun 2018, Emy hanya melawat Maldives dan akhir tahun 2018 saya decide yg next destination saya nak pergi adalah ke Kashmir..

Kashmir ni emy pilih sbb first of all dia adalah negara Islam yg sgt2 cantik menurut ramai yg dah pergi sana..Jadi emy pun buat research pasal Kashmir dan kawan saya Azimah ada tour agency yg bawa mereka yg berminat ke sana..

Sblm ke sana, saya try research mengenai negara Kashmir tapi saya dapati x banyak Malaysian yg tulis blog pasal Kashmir (Maybe I x jumpa) and x byk posting pasal Kashmir. Jadi Emy pun decide sy nak tulis sikit review mengenai Kashmir ni..

Kashmir ni utk pengetahuan korang adlah "a hidden gem" . Ramai yg masih x tahu, and kalau tahu pun mereka takut nak ke sana..Masa Emy nak pegi sana bulan March 2019, tiba2 banyak plak kes yg berlaku di mana India and Pakistan bergaduh and dua2 negara tembak jet each other sbb kes violation of airspace.. As benda ni terjadi x jauh dr time trip kami nak pegi tu, ramai dlm group tour kami yg mula takut2 nak pegi termasuk saya ..dlm 20 org yg patut pegi, last2 tinggal 6 org jek..

Time tu emy dah mcm nak bail out jugak, tp alhamdulillah ada geng2 single yg lain yg sgt kuat azam dan berani nak pegi jugak, jadi saya pun kuatkan semngt nak pegi ke Kashmir..

Dipendekkan cerita, last2 yg pegi kashmir adalah 6 org kami single ladies, kwn2 yg saya x kenal sblm ni iaitu, Farah, Zunnur, Ana, Nisa and also Fatimah. Diorng ni awesome gila dan jadikkan trip saya ke Kashmir sgt2 bermakna..Ok so Emy nak cerita sikit mcm mana nak gy sana and apa yg korang boleh expect..


1) Bagaimana procedure nak ke Kashmir?

Ok, first of all korang kena beli flight tiketla mcm biasa. X der tiket mcm mana nak gy mana2 kan..So masa emy beli tahun 2018, saya dpt flight tiket Air Asia dlm RM 1000. Campur ngan tour sekali dlm Rm 950, dah dekat RM 2000 la saya bayar.

Lepas korang dh beli tiket tu, yg paling penting adalah visa nak ke Kashmir. Kashmir ni adalah kawasan yg direbutkan oleh India dan Pakistan, jadi dia ada yg dikontrol oleh India dan sebahagian lain dikontrol oleh Pakistan. Emy masuk bahagian India, so kenala buat visa India. Mcm mana nak buat visa India? Korang bolehla ikut blog ni sbb emy pun ikut blog ni haha..http://wanderlustdj.blogspot.com/2018/09/cara-membuat-e-visa-untuk-ke-india.html

Emy follow jek semua tp yg paling penting adlh korang kena pastikan jangan pakai speck/ glasses dlm gambar visa application korang dan pastikan korang ikut saiz yg dia suruh utk gambar visa tu. Alhamdulillah emy ikut semua dan visa i lulus dlm masa 72 jam jek!:)) btw,byrn visa adalah 80 usd which is around 300 plus..


First day 

One the first day, kami mula2 arrive dekat Indira Gandhi International Airport. Airport dia bersih dan x derlah mcm yg sy gambarkn India would be..haha.. Mlm pertama, kami terpaksa tido dkt airport sbb x der connecting flight yg terus ke destinasi kami, iaitu Srinagar. Ok dipendekkan cerita, semua benda ok jek dekat airport ni kecuali makcik tandas dia yg sgt Nazi ngan org Islm..Nmpk jek org Islam, dia start mrh2. Mula2 i igt kenapa rupanya dia nak marah kitorng basahkan tandas sbb nak ambil wudhu'..

So sbb emy pun kena marah ngan makguard tandas Nazi ni, saya pun terpaksala ambil  air sembahyang kat tandas lain yg tukang cuci tandas dia x derla Nazi sgt..lol.. So sembhyang jela kat airport tu cuma korang kena hati2 sbb tentera India ada everywhere u go and do not incite them ok as diorng semua pegang rifle yg automatik tu ..


Indira Gandhi International Airport . Airport ni dikwal oleh ramai tentera India pakai baju military 



Second day 

Second day kitorng 6 org pun ambik flight ke Srinagar, which is the capital of Jammu & Kashmir.  Perjalanan hanya dlm lebih kurang 1 jam jadi tau2 jek dah nak landing dah.. tapi yg paling penting , view dr atas sgt2lah spectacular sbb korang akn nampak all the Himalayan mountain range. Cantik sgt2, Subhanallah..


view from dr atas airplane  


Sampai kat airport Srinagar, benda pertama dia ckp adalah "This is a military airport and photography is not allowed". Memandangkan i ni jenis rebel, saya ambil jugak gambar utk kenang2an.. Haha.. Sblm korang keluar dr Srinagar, korang kena pegi isi borang  dekat counter dia utk maklumat peribadi in case ap2 terjadila.


Kena kasi personal details and flight etc kat sini before boleh keluar dr Srinagar Airport. Airport ni adalah airport military jadi anda akan nampak byk campbase tentera serta tentera2 India kat sini 


Sampai jek kat Srinagar, kami terus disambut oleh tour guide kitorng kat sana, Nizar. Nizar ni Kashmiri and english dia oklah tp dia suka campur english ngan bahsa dia so kdg2 x faham jugak. Smpai2 jk, ramai plak yg nak tlg kitorng angkat beg, so kitorng pun kasila tips..Sekali as ramai antara kitorng yg kasi tips, depa boleh plak reject and kata banyak sgt.. so my first impression of Kashmiris were, "oh wow depa ni sgt2 jujur and helpful"..


Hotel kitorg adlh hotel Royal Batoo and hotel dia Alhamdulillah sgt selesa and kitorng stay kat sini utk 2 hari .. Hotel ni terletak kat tgh2 bandar so dia busy sikit dengan bunyi2 hon (btw, Kashmiris ni just like India suka hon2 kereta kat jln raya). X der benda sgt nak komplen pasal hotel ni cuma korang kenala expect power outage kat Kashmir ni sbb negara dia ni negara yg ditindas and akn ad masa dimana power outage akn terjadi setiap hr. Tapi jgn risau power outage ni skjp jek dlm a few mins mcm tu setiap hr dan adlh catuan normal harian..

Hari pertama kat sana kitaorg first melwat garden2 dekat sana. Yg pertam kitaorg melwat adalah Pari Mahal, which is one of their most famous gardens. Yg kedua kitorng lawat Nishat Bagh and yg last sy pun x igt sgt nama garden dia. Garden ni dekat jek dgn each other jadi korang sewa jek kereta and tour guide InsyaAllah x der mslh..Nak tahu lebih lanjut pasal garden2 ni boleh visit http://www.walkthroughindia.com/attraction/six-beautiful-mughal-gardens-jammu-kashmir/
By the way kalau korang dtg musim Spring, korang akan dpt view tulips kat garden2 ni.. 

ni view dr ats gunung di Pari Mahal. Pari Mahal ni maksudnya Palace of the Angel. View dr atas sini pun sgt cantik 


Emy di Nishat Bagh. Kat sini ada sorang mamat Kashmiri yg mata dia warna hijau so i tegurla dia and ckp color mata dia cantik pastu dia terus add me on Fb..Haha


After dah gy gardens, kitorng pegi Masjid diorng yg sgt famous iaitu Hazratbal Masjid. Masjid ni architecture dia sgt lawa, tapi yg lebih lawa adalah the fact that its located in front of the mountain range and the Dal Lake. Dal Lake ni adalah tasik Kashmir yg sgt panjang dan luas. Menurut Nizar, tasik ni bukan tasik buatan tapi tasik semulajadi.


Hazratbal Mosque ni menghadap ke Tasik Dal or Dal Lake. Ni view depan dia tp view  dia menghadap Tasik Dal yg sgt cantik 


Time ni sbnrnya emy menghadap masjid Hazratbal 




Third Day 

Hari ketiga, after breakfast  yg  dihidangkan, kitorng start day utk perjalanan kitorng ke Pahalgam. Pahalgam ni utk pengetahuan korang adlh di atas mountain yg sgt tinggi dan cara korang nak ke sana hanya satu cara shj iaitu dgn naik pony. Sampai2 jek kat sana tour guide kitorng dah bagitau price ceiling yg boleh pony man kenakan kat kitorng. Basically price ceiling ni adlh price paling tinggi yg dirng boleh kenakan and korang x perlu bayar lebih dr ni.. Pony man ni ramai sgt dan diorng mcm kitorng gak ada leader dia, jadi korang kenalah ckp ngan leader dia utk dptkan price yg terbaik. Price pony ride ni dlm Rs. 1700 kitorng dpt, walaupun kitorg dgr ad group malaysian lain yg dpt lagi murah.

Alhamdulillah kitrong dpt pony man and also pony yg sgt2 skillful nak bawak kitorng yg berat2 and montel2 ni ats gunung..lol..This is a once in a lifetime experience that I will never forget as the view was just soo amaaazzzing and x sangka yg sebenarnya korang akan naik sgt tinggi atas gunung unlike wht I was expecting. Bukit dia curam kot so bukan senang pony2 ni nk bawak kitorng ke atas ok..



From left: Nisa, Ana, Zunnur, Farah and Fatimah on our ponies. They were just awesome companies and I could not have asked for better people to travel with!:)

Sampai atas Pahalgam tu, cantik sgt tapi matahari dah makin dekat, so walaupun masa tu banyak snow, x derlah rasa sejuk mcm masa kat US dulu. Act I was expecting kat ats tu lagi sejuk sbb snow dia sgt2 tebal..

Alhamdullillah happy sgt2 dpt tgok view Pahalgam ni ...Satu jek side note korang akn dikacau oleh penjual2 kt ats tu jual mcm2 including pashmina. Walaupun org kat bawah kt jgn beli kat ats as harga dia mhl, I terjebak jugak sbb diorng ni sgt2 persuasive and kdg2 annoying gakla. Last2 i pun belila satu pashmina dgn harga Rs. 1500. X taula emy kena game ke apa tapi depa kata handmade though i dont think they are ..lol ..Beli pun sbb kesian jek ngn depa ..



Emy di atas Pahalgam. Kat sini boleh main sledge serta flying fox 


Tiba2 smpai plak sorang mamat Kashmiri hensem ni nak ajak i naik sledge dia. Harga dia Rs. 350 so I pun naikla after dpt diskaun Rs 50. Tapi overall i x nyesalla naik sledge tu sbb mamat Kashmiri tu bkn jek hensem and baik tp naik sledge tu pun agak fun..haha

After dah tangkap2 gambr sume, kitorng pun nak turun dr Pahalgam naik pony gak..Kesian gila ngan my friend Zunnur sbb dia kena kacau ngan mamat Kashmiri sampai ke saat terakhir suruh beli Pashmina sampai last2 dia beli jgk..Sampai ke pony nak balik dah depa kejar dia so i pun x boleh nak tahan ketawa sbb sgt2 lawak sgt how persuasive they are..Lol

Dipendekkan cerita, turun jek dr Pahalgam, sy pun bayarla dkt pony man i Rs 2000 and ckp kat dia keep the change as change tu kira tips diala. Sekali i realized that I should have given the money to the leader dulu and baru kasi ponyman tips dia tu.. I ckp ngan leader dia pls kasi pony man yg bawak i tu tips duit yg lebih tu tapi i x taula pony man i dpt ke x duit tu in the end..tsk tsk..=='

Lepas Pahalgam, kitrong ke Sonamarg, Sonamarg ni Nizar kata x  der paperpun tapi kitorng insist jugak nak gy..Nasib baik kitorng insist jugak nak gy sbb perjalanan nak ke Sonamarg ni sgt2lah cantik x terkata oi.. nampak semua villages and rumah2 org Kashmir yg terletak kat kaki2 gunung..Oh my mulala mood Bajranghi Baijan and Bollywood kitorng menjelma..Tetiba terasa mcm nak guling2 kat kaki2 bukit tu sambil dgr lagu Hindustan haha..

Emy di perjalanan ke Sonamarg yg sgt cantik.Bawah kaki gunung tu semua ada rumah2 org2 kampung di sini 



Sg ni sgt dlm and warna biru2 hijau kalau musim selain musim sejuk yg kami pergi time ni..Yak pun banyak di kawasan ni carik air 


Tapi kitorng agak kecewala sikit time kat Sonamarg ni sbb tour guide kitorng Nizar mcm x interested nak bawak kitorng gy jalan2 kat Sonamarg. Dia kata sama jek mcm Pahalgam. Sekali kitorng tengok view gunung dia jauh lagi cantik sbb lagi dekat as compared to Pahalgam yg nampak gunung dr jauh..Pada depa sama jela kot sbb dah hari2 tgok..tsk tsk..Kalau musim bukan sejuk, sungai kat Sonamarg ni sgt lawa warna biru, cuma as kitorng gy time snowing, air tu surutla. Menurut Nizar, kalau korang dtg musim2 lain korang akan nampak pokok2 epal, olive as well as walnut sepanjang pejalanan nak ke gunung tu..Sbb kitorng dtg musim sejuk, x dptla nak experience semua tu..tsk tsk..

Balik dr Sonamarg, kitorng singgah kat kedai beli barang2 cenderamata.Sampai sini mmg rambang mata oi sbb banyak sgt benda2 cantik2 from Kashmir yg i rasa mcm nak bawak balik mas..As beg luggage pun kecik, x dptla nak beli byk2 sgt brg..x byk x byk pun i belanja dekat nak Rs 3000 plus gakla which dah equal to around RM 200 kita.


Dlm perjalanan balik dr Sonamarg kitorng singgah beli souvenirs and makan sini.. Mknn sini sgt sedap. 

Emy beli handmade bags, baju blouse, sarung bantal and a lot of handcrafted stuffs.:p


Hari ni bila ptg kitorng tukar penginapan ke houseboat. Houseboat ni wajibla korang tido sehari dua kalau kat Kashmir sbb dia melambangkan korang dah pegi kashmir haha..Houseboat ni atas Dal Lake tu and dlm dia sgt tradisional and semua bilik ada bilik air masing2. Setiap houseboat kat sini akan dinamakan atas negara2 lain and kitorng dpt Paris. Owner houseboat Paris kitorng adalah gentleman yg bernama Waseem. Anak dia Ameena and Haider is the cousin. Depa sgt2 comel and gebu2 and sempatla kitorng main2 ngan depa..

Bilik Emy dlm Houseboat. Semua katil depa pakai heating mat sbb sgt sejuk time ni

Kami depan houseboat kami, Paris 
Ni anak Waseem, Ameena yg sgt gebu and cantik serta pandai ckp. Masa kitorng nak ambil gambar, dia ckp "No, no, no" haha 


Satu benda yg korang kena take note kat houseboat ni adalah kornag akan hadapi ramai sgt penjual2 atas sampan bila korang naik Chikara ride (Sampan ride atas Dal Lake tu). Depa akan bukak mcm2 depan korang and kalau korang hati tisu mcm emy ni, last2 akn terjebakla. Emy terbeli mcm2 including Safron and gelang. Actually Waseem dah gtau dah yg Safron yg dijual kat Cikara ride tu fake, tapi emy kesian kat dia and gy belila jugak..Sekali bila balik mas try safron tu mmg fake and its made of lilin..lol.. tsk tsk..Kira sedekah jela oi..


Kami masa Chikara ride. Emy paling banyak kena game..tsk tsk tsk 


Mlm kat houseboat tu, Ya Allah ramainya pengunjung2 x dijemput masuk houseboat kitorng tanpa diundang lol.. Dr sorang ke sorang penjual bukak mcm2la depan kitorng utk jual..Nak x nak i pun terjebak and mcm2la ak beli including fridge magnet, kain nak buat punjabi as well as handicrafts. (Bila ak nak buat baju punjabi pun x taula). My nasihat kalau penjual2 ni dtg kat korang, korang beli jek kat depa sbb depa ni mmg makers of handicrafts and keluarga diorng mmg buat buat biz ni, jadi harga yg korang akan dpt adlh lg murah dr korang beli kat kedai2 handicrafts and showrooms tu..


Ni fridge magnet ni semua handmade tau 

Selain magnet ada jugak tempat letak pensel and cawan serta mcm2 benda2 kreatif yg lain. Kashmiris ni semua bagus kerja2 tangan depa  



Apa lagi membeli-belahla jawabnya. Pakcik ni sgt patient and sgt persuasive and satu2 dia bukak brg2 dia. Btw ni family biz dia. 


So after dah pukul 11 mlm lebih and semua penjual dah settle mengepau duit kitrng, barulah semua dapat tido..lol 

Fourth Day 


 I fell in love with this bag and last2 beli jela walaupun rasanya kena game 


Esoknya, kitorng igt dah habisla sesi mengepau tu..Sekali dtg lagi sorang mamat Kashmiri hensem jual handmade bags plak pagi2 buta sblm kitorng bertolak. Yg uniknya, brg2 dia semua diperbuat dr leather. Smlm yg dtg bukan leather, tapi emy kena harga yg sama mcm mamat leather ni kasi..tsk tsk tsk..So i ckp kat dia, kenapa x dtg smlm? huhu... Same story as usual last2 yg kena game and pergi beli lagi is me again sbb geng2 i yg lain semua kuat iman belaka..haha.. Emy beli handbeg leather atas ni kira mahal gakla kalau convert Malaysian ringgit..tapi nak buat mcm mana dah hati dah berkenan sbb design dia unik and x dpt kt tempt lain, plus dia leather.. Kalau korang nak tau satu tips leather ni kalau dibakar dia x kan jadik apa2.So after demonstration oleh mamat kashmiri hensem tu i pun belila  and kena dlm Rs. 2500 termasuk satu beg dompet mini.

Hari ke 4 ni kitorng tukar lagi penginapan ke Gulmarg. Nama hotel kitorng adalah Royal Park Hotel and emy sgt2 puas hati ngan hotel ni sebab servis dia sgt tip top. Dalah view dia sgt2 cantik, mknn dia pun best..Kalau kitorng tahu maybe kitorang akan change schedule and ddk sini lebih lama. Cumanya side note yg korang perlu tahu adalah sbb kitorng gy musim sejuk, semua lantai2 and air dia sejuk yg amat so silala bawak selipar and thermos ke kalau korang ada...lol..Kalau x mmg terjengket2 mcm kitorng kat dlm hotel sbb sgt2 sejuk lantai dia..


ni view from Royal Park Hotel..pandangan mata lg cantik dr kamera of course 

Gulmarg ni adalah atas pergunungan jugak and tempat org main ski and naik gondola ride mcm kat Switzerland tu. View dia lagi cantik dari Pahalgam sbb dia lagi open and boleh nampak Himalayan mountain range yg lebih panjang.

this is on top of Gulmarg. Blkg mountain ni dah border Pakistan 


Masa nak naik Gulmarg ni, kitorng hire tour guide lain and nama dia Reyaz.All together cost tour guide Reyaz as well as naik kereta dlm Rs. 600 (tour guide) plus Rs. 1600 ( sewa kereta).

Side note yg i x boleh lupa is as nak naik guna jeep atas tu, sekali dekat nak 20 buah trak tentera India lalu and kitorng pun jadik mcm agak takut sbb dah terkandas and dekat ngan trak tentera2 India yg lalu tu..Maklumla jalan agak sempit atas pergunungan tu sekali boleh plak kena share ngan tentera2 India yg nak lalu.. I pun mulala terbayang2 artikel yg i dah baca pasal 47 tentera India yg kena bunuh dlm serangan bom berani mati tu..lol..tapi Alhamdulillah x der apa2 yg terjadi and kitorng selamat sampai ke atas ..Siap sempat rakam lagi tentera2 India yg lalu naik trak2 tu..As a side note, Gulmarg ni dah dekat ngan Pakistan and blkg gunung2 kat sini dah border Pakistan, jadi dia mmg sgt dikawal rapi oleh tentera2 India..so jgn terperanjat gak kalau korang nampak byk sgt tentera2 kat sini pgg rifle and in military gears and suits..

Kat gulmarg ni kitorng semua naik sledge. Sledge ni bestla cuma sbb kena tarik manually, I kesian gila ngan pakcik yg tarik i tu..Dalah umur pun dah tua and I agk2 umur dia dah dekat 70. So after habis naik sleigh tu i pun kasila dia tips Rs 500, which is equivalent to around RM 25 kita and kira agak banyakla bagi standard diorng. Sampai satu tempat, korang akan kena tunggu giliran utk Gondola ride.


Photo ngan sledgemen kitorang..Sledgeman i yg pakai baju merah tu dah tua tp kuat sgt 


Ni atas gondola ride atas Gulmarg 


Kat ats Gulmarg ni, korang akn dpt view yg sgt cantik and ramai org akan main ski kat sini. Emy x tryla ski sbb takut plak and duit pun dah kering asyik beli brg and kasi org lol..Kos nak naik ski x silap i dlm RM 100 lebih duit Malaysiala which is cheaper as compared to other countries yg ada skiing ni.. Nak turun dr sini pun korang kena naik gondola jugak sbb mmg satu cara jek nak naik atas ni (that I know ofla).


Ni view di Gulmarg 


Fifth Day ( Last Day)  

Last day kat Kashmir ni sgt2 sedih sbb kitorng sgt sedih nak tinggalkan bumi Kashmir yg sgt cantik ni. Bukan setakat bumi dia sgt cantik, org dia pun lawa2 and akan menggugat keimanan korang.. Haha.. Yg jual kebab tepi jalan pun rupa dia mcm artis Bollywood @/ Zain Malik.. Ramai sgt Zain Malik i pun dah x terkira dah..

So last day ni kitorng pun dah siap kemas2 beg awl and turun untuk main salji. Kitorng punya flight from Srinagar to Delhi kena naik Spice Jet and then from Delhi Airport baru naik Air Asia. Side note yg penting adalah sampai2 kat Delhi Airport, rupanya korang kena keluar from Terminal Tambang Murah dia utk ke Airport dia yg lagi satu utk international flights.  Jauhla jugak and x mcm KLIA2 yg connected ngan KLIA Express and Transit. Agak2 dlm 30 mins mcm tu baru sampai..

The rest alhamdulillah x der apa2 masalah cuma masa nak keluar from India tu ada sikit masalah sbb kitorng guna kredit kad Malaysian tour guide kitorng utk beli tiket semua. As tour guide Malaysian kitorng x ikot dlm trip ni sbb apa yg terjadi tu, lama gakla proses dia nak releasekan kitorng.. Nasib baik kitorng dah beringat and dah ada approval letter from credit card owner kitorng tu utk bagitau yg dia kasi permission guna kredit kad dia utk purchase flight ticket.

Alhamdulillah semua berjalan lancar and kitorng sampai ke bumi Malaysia dgn selamat. Overall my review of Kashmir is, korang jgn hanya dgr ap yg media (terutamanya media India) ckp pasal Kashmir..Kashmir is such as beautiful country that you will lose out kalau korang x visit..Silala visit Kashmir kalau korang ada duit tu rather than European and Western countries like Switzerland sbb korang akan bantu Muslim2 yg ssh2 jugak dgn melawat sana..95% org Kashmir adalah Muslim and depa sgt2 suka kita dtg kat negara dia sbb dia sgt miskin and perlukan investment kita..Overall, saya rs trip saya ke Kashmir sgt2 berbaloi dgn harga yg saya bayar and x der paper buruk nak ckp sgt kecuali about the vultures yg akn berada di mana2 nak suruh korang beli brg2 dia.. Kdg2  rasa nak enjoy view pun ssh sikit sbb depa asyik distract you to buy their stuffs lol.. So kalau korang ada cadangan nak visit Kashmir tu, silala bawak duit seguni sbb  mmg x cukup kalau korang berhati tisu and cpt kesian ngan org mcm Emy..lol.. I will pray that Kashmir gets its freedom one day and org2 muslim sana dpt kehidupan yg lebih baik that they deserve..



So I guess that's it for now..I will reflect more on my trip in Kashmir kalau ada benda baru yg suddenly terlintas kat fikiran. Bye guys!:)

PS: Btw, I will also do a youtube  video on my Kashmir trip on my channel! Check it out yeah nanti.


























Monday, 25 July 2016

Demam Raya Belum Habis, sampai Demam Betul-Betul

Assalamualaikum semua..

Apa khabaq? Masih on raya mood lagi ke  semua? Emy dah pencen dah dari beraya..Almaklumlah hari tu balik raya Ipoh sampai demam2 jadinya..ni semua penangan air ais yg saya minum selalu masa raya dan jugak duduk di dlm bilik yang beraircond..

Sampai x boleh bangun. Ingat demam denggi rupanya demam biasa jek.. Saya sukar nak demam tapi kalau kena demam tu mmg teruklah jawabnya..

Tapi sejak saya mendapat pencerahan daripada seorng Dr.  yang datang berkunjung ke tempat kerja ibu saya akan keburukan pengambilan panadol, saya jadi takut nak ambil Panadol tau. sebabnya Panadol ni adlah sejenis dadah, ia walaupun ia cepat bertindak pada tubuh badan anda, ia akan kekal lama di dlm badan selama bertahun. (Menurut Dr.  tersebut selama 40 tahun). Disebabkan ia sejenis dadah, ia juga akan menyebabkan toleransi tubuh badan anda semakin meningkat jika anda selalu mengambilnya. Jadi badan anda akan memerlukan lebih dos Panadol setiap kali utk berfungsi dan berkesan pada masa akn dtg. 

Bagaimana cara saya merawat diri saya sendiri dari demam yg teruk? Senang sahaja.  Semestinya dengan Shakleelah! 



Bagaimana Shaklee Dapat Membantu?


Vitamin C- Meningkatkan imunisasi tubuh badan anda

Nutriferon- Dengan 'interferon', yg memberi signal kepada tubuh badan anda utk meningkatkan imuniti badan akn jangkitan dan serangan luar.

Performance drink - Minuman isotonik yg mampu mengimbangi kandungan air dlm badan





Berminat dengan set demam berikut? Jom wassap saya utk konsultasi PERCUMA

017-8421998 (WA)
Emy, Your Friendly Shaklee Distributor


atau 


anda boleh terus membuat pembelian secara online di bawah.:)








Tuesday, 5 July 2016

Aku Si Penjaga Kucing

Assalamualaikum semua...

Time2 raya org lain semua balik kampung ni, emy terpaksa berkorban menjadi baby sitter kucing..:')

Nak buat mcm mana dah kucing banyak..Saya dan keluarga saya sememangnya peminat kucing2 parsi. Sebab tu juga, koleksi kucing parsi kami semakin bertambah dari hari ke hari..hehe..

Tu pun dah banyak yg mati serta dah banyak kami berikan percuma pada org.. Kalau x mmg makin banyaklah koleksi kucing kami..Ini pun Princess kucing kami baru beranak baru, generasi ke-6. Hebat betui Princess I ni..

Tapi masalahnya bila time raya lah, kami akn terpaksa fikirkan cara bagaimana nak jaga kucing bila kami tiada. Kekadang kami upah org lain utk tengokkan kucing kami. Kekadang kami tinggalkan makanan yg lebih. Tapi bagi peminat2 kucing, anda mesti semua akn paham yg sgt sukar sebenarnya nak berpisah dengan kucing2 kesayangan kita kan? 

Kadang2 bila emy jauh saya sentiasa terfikirkan mengenai kucing2 kesayangan saya. Nak buat mcm mana, dah mcm anak bagi kami semua. Mereka juga dah dianggap mcm sebahagian dari isi keluarga kami. :)

Raya ni emy x balik Ipoh kot, kerana giliran raya di Johor. Jadi sayalah akn menjadi penjaga2 kucing di rumah..hehe..

P/S: Siapa sini peminat kucing2 parsi? Bukan senang nak bela kucing parsi ni kan sebab sememangya kucing ni manja sikit dari kucing lain. Dia x mau makan ikan2 tapi nak makanan dia jek. Kalau kucing  emy makan ikan, dia mesti muntah balik. Gedik kan? hihi..



Drake, the handsome guy..I like to flirt with everybody cause I'm handsome..:P


Snowbell: I used to be the prettiest..sobs sobs..:'(


Donna, the shy one. Ala janganlah kacau I. I shy shy cat lah!


Mittens, the friendly guy. I like Kak soleha so much sampai I suka sondol2 kak Sol aka emy. hehe..


Princess, the gentlest of them all. Sesuai dengan nama. But don't underestimate me cause I'm  a kitty making machine! Now's my 6th generation! 



Leno: I used the be the alpha male. But now that I am getting older and sick , u guys can run after the girls. Saja kasi korang can..:P




Selamat Hari Raya Aidilfitri. Tolong maafkan tuan kami tau kalau dia pernah buat silap kat hampa semua. Alah biasalah manusia buat silap. Kami kucing so x buat silap..kikiki

eSELL



Apakah eSELL?


eSELL adalah sistem yg telah diperkenalkan Shaklee utk memudahkan para pembeli utk membeli barangan daripada rangkaian Shaklee tanpa perlu melalui pengedar Shaklee anda seperti biasa. Namun, anda hanya perlu  memiliki online banking utk membolehkan anda membeli barangan daripada Shaklee secara atas talian (online). Sistem ini kemudian akn memberitahu pengedar Shaklee anda akan pembelian yg dibuat. Setelah itu, pengedar anda akn menghubungi anda utk konsultasi. 

Bagaimana utk menggunakan eSELL? 


1. Klik butang 'ORDER NOW' 



2. Apabila anda sudah tekan butang eSELL tersebut, paparan ini akan keluar. Sila tekan 'Agree' dan 'Next'




3. Setelah itu, paparan ini  akn muncul mengenai produk2 yg ditawarkan Shaklee. Anda hanya perlu tick serta untick produk yg anda ingin dan tidak ingin beli mengikut kemahuan anda. Anda juga boleh membuat penambahan kuantiti. Harga akan ditunjukkan bersama-sama produk. Tekan 'checkout' apabila anda sudah pasti akn produk2 yg ingin dibeli.


4. Setelah itu, customer perlu mengisi maklumat diri di semua arrow berwarna merah yg disediakan. Kemudian, tekan 'continue'. 


5. Paparan pembayaran akn muncul. Klik 'proceed for payment.'



6.Setelah itu, customer boleh membuat pembayaran secara online  menggunakan  Credit atau Debit Kad  dengan mengisi ruangan yg disediakan.   Klik 'confirm payment' utk proses pembayaran. 


7. Setelah anda konfirmkan pembayaran, Shaklee akn mengeluarkan resit utk anda dan apabila paparan seperti di bawah keluar,maksudnya pembelian anda telah diterima dan berjaya. Anda boleh print atau simpan resit anda di bawah utk rujukan masa akan dtg. Shaklee akn terus menghantar barangan pembelian anda ke rumah anda.





8. Saya kemudian akn menghubungi anda utk konsultasi penggunaan produk. Terima kasih kerana membeli dengan saya.:)

Saturday, 2 July 2016

Sakit Kaki Bagai Digigit-gigit, rupanya sebab GOUT!

Assalamualaikum semua...




Anda atau orang terdekat anda pernah menghidapi sakit gout ni? Mereka yg pernah kena sakit gout ni sahaja tahu bagaimana sakitnya..seperti yg arwah atuk saya kata, 'Sakitnya mcm kaki digigit-gigitlah!"..Nauzubillah..Dahlah tu, mereka yg selalu kena gout jugak akan membengkak kakinya mcm kena gigit lebah tu..

Tapi gout ni selalu terjadi pada lelaki yer. Jarang pulak emy terdengar ia berlaku kepada perempuan..

Apakah punca gout? 





Gout terjadi kerana asid urik yg berlebihan di dlm badan. Puncanya? Puncanya adlh daripada purine iaitu sejenis asid amino  yg didapati daripada pemakanan. Sebab itu, terjadinya pembentukan kristal asid urik yg terkumpul di dlm tisu badan dan sendi, yg juga boleh menyebabkan arthritis

Bagaimana asid urik boleh berkumpul?


Asid urik sepatutnya dicerna oleh ginjal namun kerana ketidaknormalan utk memproses asid urik menyebabkan lebihan asid urik ni. Jangan x tahu, ketidaknormalan ni jugak menyebabkan batu karang dan masalah tubul ginjal tersumbat dengan kristal asid urik (blockage of kidney-filtering tubules).

Siapa yg cenderung menghidapi gout? 


1. Faktor keturunan 
2. Obesiti 
3. Lelaki 
4. Darah tinggi 
5. Pesakit buah pinggang 
6. Peminum alkohol tegar 
7. Diet yg tinggi dengan sumber purine seperti makanan laut dan makanan seperti bayam, santan, sardin



Bagaimana cara nak hadapi gout? 



1. Minum air masak yg lebih 
2. Ambil produk tenusu yg dipercayai baik utk pesakit gout dan kurangkan makanan berdaging serta makanan laut yg banyak kandungan purine. Tingkatkan pengambilan minyak zaitun dan vitamin C. 
3. Kurangkan berat badan 
4. Senaman yg konsisten 
5. Kurangkan atau berhenti pengambilan alkohol (utk  bukan Islam)

Bagaimana Shaklee Dapat Membantu? 




Vivix-kandungan resveratrol di dlmnya yg tinggi dipercayai dapat membantu pesakit gout dengan mengurangkan paras asid urik di dlm badan. 

Omegaguard-Membantu mengelak keradangan dan sakit sendi. Bagus utk mengurangkan bengkak di kaki. 

Alfalfa- Menyingkirkan toksin di dlm badan kerana herba di dlmnya yg baik utk proses detoksifikasi.

Performance- Menyeimbangkan kandungan air di dlm badan. 





Berminat dengan SET GOUT diatas? Jom wassap saya utk konsultasi PERCUMA

017-8421998 (WA)
Emy, Your Friendly Shaklee Distributor 

atau

anda boleh terus buat pembelian secara online dibawah.:)



 ORDER NOW!








PROMOSI JULAI

Assalamualaikum semua..

Hari ni emy nak update kepada anda semua promosi utk bulan JULAI tau..Bagi anda yg masih x tahu bulan ni promosi apa, anda boleh rujuk di bawah yer..


VIVIX (BUY 7 AT 6)



VIVIX (BUY 2 GET 5% OFF) 



VITALEA FOR KIDS (BUY 4 AT 3) 




Anda berminat dengan mana2 produk di atas, namun tidak mahu beli sampai 7 dan 4 sekali gus tapi masih inginkan harga PROMOSI? Boleh, jangan risau kerana anda hanya perlu wassap saya shj dan saya akn uruskan utk anda.:)


017-8421998 (WA)
Emy, Your Friendly Shaklee Distributor

atau 

anda boleh terus buat pembelian secara online dibawah.:)



Review Ikhlas Movie 'Lambaian Ramadhan'

Assalamualaikum semua..

So slot drama Lambaian Ramadhan baru jek habis kan..Anda semua mesti dah habis tengok..Emy sejujurnya  x sempat tengok so saya terpaksa tengok balik online..emy tahu saya selalu kutuk2 TV3 sebab drama2 dan cerita yg dihasilkan..

Sebabnya saya dah boleh agak dah ending dia semua..tema pun asyik yg sama most of the time..semua tema cinta antara dua darjat, cinta x kesampaian, anak yg balik ambil alih syarikat ayah yg kaya raya..mcm x der kreativiti utk hasilkan movie2 yg berkualiti dengan tema yg berlainan.. tajuk plak tu nak sama jek semua..

Mr. Perfectlah,Mr. Tanda Soallah, Mr. Boss Miss Stalkerlah..pasni nak Mr. Handsome plak..huhu..Tapi kali ni emy nak puji sikitla TV 3 hasilkan drama yg berkualiti mcm 'Lambaian Ramadhan.' Kalau x best mmg emy x tengok tau sebab saya jenis cepat bosan tapi drama ni saya mmg ikut..:) 

Nak plak dengan gandingan pelakon2 hebat mcm Adi Putra,Elizad dan Putri Balqis..mmg debombs lah u.. dlm drama ni 'Watak Paling Berkesan' saya beri pada adik Puteri Balqis..mana x nyer berjurai2 air mata emy tau tengok citer ni sebab lakonan beliau yg sgt menjadi tu..

Walaupun emy dah agak dah ending dia yg Adik Balqis akn mati sebab leukimia tu,tapi somehow sedih jugak bila dia mati sehari sebelum raya masa dalam sembahyang bersama2 tu..lagi2 plak bila dia tulis surat dekat setiap ahli keluarga dia termasuk ayah dia yg nak pasang lagi satu tu, sebelum meninggal utk pesan mereka mcm2...sampai x  jadik ayah nak pasang lagi dah..hehe..

Sebab drama ni dah berjaya buat emy nangis sampai air2 hidung pun keluar :P, saya beri 10 markah utk kesan yg ditinggalkan terhadap viewer..dah mcm pengadil OSCAR plak ak ni..

P/S: Anda semua nangis x  tengok citer ni?  Kalau x nangis kita x geng. Haha... Next time TV3 please hasilkan movie yg berkualiti mcm ni lagi yer? Cukup2lah tu cerita cinta dua darjat tu.. kami mahukan sedikit kelainan..:)