Saturday 2 July 2016

Review Ikhlas Movie 'Lambaian Ramadhan'

Assalamualaikum semua..

So slot drama Lambaian Ramadhan baru jek habis kan..Anda semua mesti dah habis tengok..Emy sejujurnya  x sempat tengok so saya terpaksa tengok balik online..emy tahu saya selalu kutuk2 TV3 sebab drama2 dan cerita yg dihasilkan..

Sebabnya saya dah boleh agak dah ending dia semua..tema pun asyik yg sama most of the time..semua tema cinta antara dua darjat, cinta x kesampaian, anak yg balik ambil alih syarikat ayah yg kaya raya..mcm x der kreativiti utk hasilkan movie2 yg berkualiti dengan tema yg berlainan.. tajuk plak tu nak sama jek semua..

Mr. Perfectlah,Mr. Tanda Soallah, Mr. Boss Miss Stalkerlah..pasni nak Mr. Handsome plak..huhu..Tapi kali ni emy nak puji sikitla TV 3 hasilkan drama yg berkualiti mcm 'Lambaian Ramadhan.' Kalau x best mmg emy x tengok tau sebab saya jenis cepat bosan tapi drama ni saya mmg ikut..:) 

Nak plak dengan gandingan pelakon2 hebat mcm Adi Putra,Elizad dan Putri Balqis..mmg debombs lah u.. dlm drama ni 'Watak Paling Berkesan' saya beri pada adik Puteri Balqis..mana x nyer berjurai2 air mata emy tau tengok citer ni sebab lakonan beliau yg sgt menjadi tu..

Walaupun emy dah agak dah ending dia yg Adik Balqis akn mati sebab leukimia tu,tapi somehow sedih jugak bila dia mati sehari sebelum raya masa dalam sembahyang bersama2 tu..lagi2 plak bila dia tulis surat dekat setiap ahli keluarga dia termasuk ayah dia yg nak pasang lagi satu tu, sebelum meninggal utk pesan mereka mcm2...sampai x  jadik ayah nak pasang lagi dah..hehe..

Sebab drama ni dah berjaya buat emy nangis sampai air2 hidung pun keluar :P, saya beri 10 markah utk kesan yg ditinggalkan terhadap viewer..dah mcm pengadil OSCAR plak ak ni..

P/S: Anda semua nangis x  tengok citer ni?  Kalau x nangis kita x geng. Haha... Next time TV3 please hasilkan movie yg berkualiti mcm ni lagi yer? Cukup2lah tu cerita cinta dua darjat tu.. kami mahukan sedikit kelainan..:)



No comments:

Post a Comment